Wednesday, 3 September 2014

ASEAN KOMUNITI

 ASEAN KOMUNITI
  
 


PENGENALAN ASEAN

ASEAN adalah singkatan bagi Association of Southeast Asian Nations yang dikenali dalam bahasa Malaysia sebagai Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara. Ia ditubuhkan pada 8 Ogos 1967.

 ASEAN yang dianggotai 10 negara mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 515 juta orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama dengan jumlah keluasan lebih kurang 4.5 juta kilometer persegi.






 Negara-negara Pengasas ASEAN

Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.


 Negara Anggota ASEAN Dan Tarikh Kemasukan

Malaysia                        8 Ogos 1967
Indonesia                       8 Ogos 1967
Filipina                           8 Ogos 1967
Singapura                      8 Ogos 1967
Thailand                         8 Ogos 1967
Brunei Darussalam       7 Januari 1984
Vietnam                         28 Julai 1995
Laos                                23 Julai 1997
Myanmar                       23 Julai 1997
Kemboja                         30 April 1999



 Sejarah

 ASEAN atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara  ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 selepas satu sidang kemuncak diadakan di Bangkok dan dihadiri oleh perwakilan  Kerajaan Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.  Dalam sidang kemuncak ini satu deklarasi telah ditandatangani, iaitu Deklarasi  Bangkok.  Deklarasi  ini telah menjadi asas kepada pembentukan ASEAN.  Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Ramos (Setiausaha Luar Filipina).

 Rantau ASEAN  mempunyai populasi penduduk kira-kira 500 juta orang, dengan keluasan 4.5 juta kilometer persegi dan jumlah keluaran domestik bersama kira-kira US$ 737 billion.
 Penyertaan Malaysia dalam ASEAN adalah berdasarkan keazaman Negara ini untuk menyelesaikan perbezaan politik dengan Filipina dan Singapura.  Di samping itu, Malaysia berhasrat untuk menjalin hubungan yang erat dengan Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Suharto.  Pertikaian dan perbalahan politik semasa yang wujud di kawasan serantau dan keperluan untuk menyelesaikan masalah ini merupakan motif utama dalam menentukan kewujudan ASEAN.  Ini diperkukuhkan lagi menerusi persefahaman bersama di kalangan lima buah Negara kawasan serantau mengenai sokongan pihak luar  (dirujukkan kepada Negara China) bagi pemberontakan dalam negeri oleh pihak komunis.







Matlamat Penubuhan ASEAN
  • Mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur.
  • Memupuk keamanan dan kestabilan serantau dengan menjungjung tinggi keadilan dan keluhuran undang-undang dari segi hubungan antara negara di rantau ini, di samping berpegang teguh pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu.
  • Memupuk kerjasama serta semangat bantu-membantu dalam bidang pendidikan, professional, teknikal dan pentadbiran.
  • Bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memajukan bidang pertanian dan industri, meningkatkan perdagangan termasuk dengan membuat kajian mengenai perdagangan komoditi antarabangsa, memajukan kemudahan pengangkutan dan komuniksi serta memperbaiki taraf hidup penduduk.
  • Memperbanyakkan lagi kajian mengenai Asia Tenggara. 
     
     
    Kerjasama Dalam Bidang Politik dan Keselamatan

     Kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan menjadi agenda utama ASEAN pada peringkat awal penubuhannya. Antara agenda penting ASEAN yang melibatkan isu-isu politik dan keselamatan ialah:
    • ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dn Berkecuali) 1971.Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) 1976.
    • Deklarasi Konkord ASEAN 1976.
    • Forum Serantau ASEAN (ARF) 1994.
    • Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara 1995.

    Kerjasama Dalam Bidang Ekonomi

     Antara kerjasama ekonomi yang dilaksanakana oleh ASEAN ialah:
    • Projek Industri ASEAN 1976.
    • Skim Pelengkap INdustri ASEAN 1981.
    • Skim Usahasama Perindustrian ASEAN 1983.
    • Kawasan PErdagangan Bebas Asean (afta) 1992.
    • Skim Keutamaan Tarif Sama Rata Berkesan (CEPT) 1993.
       
    Sidang Kemuncak ASEAN dan Negara Tuan Rumah

    • Sidang Kemuncak Pertama – Bali, Indonesia (1976)
    • Sidang Kemuncak Kedua  - Kuala Lumpur, Malaysia (1977).
    • Sidang Kemuncak Ketiga – Manila, Filipina (1987).
    • Sidang Kemuncak Keempat – Singapura (1992).
    • Sidang Kemuncak Kelima – Bangkok, Thailand (1995).
    • Sidang Kemuncak Keenam – Hanoi, Vietnam (1998).
    • Sidang Kemuncak Ketujuh – Bandar Seri Bagawan, Brunei (2001)
    • Sidang Kemuncak Kelapan – Phnom Penh, Kemboja (2002).
       
       
       
       
       
    Sidang Kemuncak ASEAN Dengan Rakan Dialog

    •  Sidang Kemuncak ASEAN+3 Pertama – Kuala Lumpur, Malaysia (1997).
    • Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kedua – Bangkok, Thailand (1998).
    • Sidang Kemuncak ASEAN+3 Ketiga – Manila, Filipina (1999).
    • Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keempat – Singapura (2000)
    • Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kelima – Bandar Seri Begawan, Brunei (2001).
    • Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keenam – Phnom Penh, Kemboja (2002).
       
    Rakan dialog ASEAN terdiri daripada China, Jepun, Korea Selatan dan India.


     KEPENTINGAN NEGARA ASEAN
     
    Ketika Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, l ima buah negara terlibat sebagai anggota utama, iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Kini, ASEAN mempunyai 10 negar a sebagai anggota termasuk Brunei Darussalam, Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos, manakala Timur Leste bakal menjadi anggota ke-11 ASEAN.
    Deklarasi ASEAN yang diperakui semua negara anggota banyak menyentuh matlamat dan tujuan penubuhan ASEAN, iaitu untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan budaya di rantau ini; dan menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau melalui penghormatan bagi keadilan serta peraturan undang-undang dalam hubungan kalangan negara di rantau ini dengan mematuhi prinsip piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Pada tahun 2003, semua pemimpin ASEAN memutuskan bahawa komuniti ASEAN harus diwujudkan dengan mengandungi tiga tonggak utama, iaitu Majlis Keselamatan ASEAN, Komuniti Ekonomi ASEAN dan Komuniti Sosio-budaya ASEAN melalui Bali Concord I, II dan III. Selaras dengan itu, matlamat untuk mengintegrasikan kewangan dan pasaran modal diwujudkan melalui Pelan Tindakan Integrasi ASEAN dengan Kewangan (RIA-FIN), yang meliputi pembangunan pasaran modal, liberalisasi perkhidmatan kewangan dan kerjasama mata wang. Hal ini diikuti keputusan yang dibuat pada Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN 2006 untuk mempercepat penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN pada tahun 2015. Selaras dengan itu, usaha bagi mencapai matlamat pelan tindakan Komuniti ASEAN 2015 turut disokong oleh kebanyakan pemimpin pada Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN di Singapura pada November 2002.

    ASEAN serta rakan anggota dialog akan terus-menerus mengkaji kemungkinan untuk memperluas serta memantapkan integrasi ekonomi dengan mewujudkan hanya satu Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara pertubuhan serantau 10 negara anggota itu dengan semua rakan perdagangannya di kawasan Asia Timur. Kini, ASEAN sudah mewujudkan beberapa FTA secara berasingan dengan enam rakan dialog di kawasan Asia Timur, iaitu FTA ASEAN – China (2005), FTA ASEAN – Korea (2006), FTA ASEAN – Jepun (2009), FTA ASEAN – India (2010) dan FTA ASEAN – Australia dan New Zealand (2010). Pemimpin ASEAN juga memperakukan pelan kerja bagi ASEAN untuk mewujudkan ASEAN + 1 FTA, dengan mengambil kira Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur (EAFTA – ASEAN+3) dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (ASEAN + 6).

    Sidang Kemuncak ASEAN ke- 19 di Bali, Indonesia baru-baru ini, memperakukan Rangka Kerja Serantau untuk Kerjasama Komprehensif bagi kepentingan negara anggota. Pemimpin ASEAN juga memperakukan pelan kerja bagi ASEAN untuk mewujudkan templat ASEAN + 1 FTA, dengan mengambil kira EAFTA – ASEAN+3 dan ASEAN + 6. Sidang Kemuncak ASEAN ke-19 juga bersetuju dengan sebulat suara untuk menerima cadangan bersama oleh Jepun dan China agar tiga kumpulan kerja dibentuk bagi menjalankan kajian integrasi berkenaan, iaitu Kumpulan Kerja Perdagangan, Kumpulan Kerja Sektor Perkhidmatan dan Kumpulan Kerja Pelaburan.



No comments:

Post a Comment